Thursday 31 May 2012

Syair-Sastra Melayu

Fungsi Syair


*sebagai hiburan sesuai dgn sifatnya yang demikian maka syair sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam pesta dan keramaian,dipertandingkan atau dalam upacara-upacara adat.


*alat menyanpaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek pengajaran agama dan kehidupan.


*dinyanyikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu seperti dalam dabus dan boria.


*berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat.



Ciri-ciri syair :
  • terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap).
  • syair tidak mempunyai pembayang maksud (berbeza dengan pantun).
  • setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu. Sebuah syair biasanya menceritakan suatu kisah.
  • bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama iaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam satu baris.

Jenis-Jenis Syair

*Terdapat 6 jenis dalam kesusasteraan Melayu iaitu syair keagamaan ,syair kiasan,syair panji.syair romantis,syair sadura dan syair sejarah.

Contoh Syair

Inilah suatu kalam dikarang
Ayuhai tuan muda yang garang
Kalam nan bukan sebarang-barang
Tujuannya banyak bukan seorang

Adapun akan di zaman ini
Banyak kulihat tolan ikhwani
Selama hidup sebelum fani
Tidak mengingat Tuhan yang ghani

Dunia dijangka kekal selama
Berbuat dosa sangat ternama
Mencari wang sangat utama
Tidak menurut kata ulama

Ulama disangka bicara kosong
Sebarang kata lalu disongsong
Mencari wang berpesong-pesong
Sangatlah suka berkata bohong

Wang terkumpul diri pun kaya
Takbur dan sombong timbul sebaya
Perintah Tuhan Rabbi yang kaya
Sekali-kali tidak percaya

Kaum kerabat dipandang lata
Bangsa dimiskin jangan dikata
Takdir ia datang meminta
Haram dipandang sebelah mata

Dengarkan tuan suatu ibarat
Keadaan alam timur dan barat 
Kuasa Allah punya kudrat
Lautan boleh menjadi darat

Ingatlah wahai emas juita
Fikir, ya fikir di dalam cita
Sungguhpun diri orang berharta
Tuhan jangan dipandang lata

Contoh yang ada bukan sedikit
Gunung tinggi menjadi bukit
Tanahnya runtuh berdikit-dikit
Ibarat badan kena penyakit

Jikalau hasil bagai diperi
Pastilah tuan menyesal diri
Kata terlanjur dahulu hari
Menjadi musuh kanan dan kiri
~ Ibnu Ahmad Medan

Wednesday 30 May 2012

Pantun Sastra Melayu

Contoh Pantun
contoh pantun 4 kerat

Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung dait bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga


Hasil Ciptaan

janganlah menulis diatas kaca
menulislah diatas meja
janganlah menangis kerana cinta
menangislah kerana dosa



Jenis Pantun
  • Terdapat beberapa jenis pantun.Contohnya pantun 2 kerat,pantun 4 kerat,pantun 6 kerat dan pantun 12 kerat.

Fungsi Pantun 
  • Digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti dalam kegiatan seni,keagamaan,dan adat istiadat
  • Sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat, seperti sanjungan, pemujaan,dan ucapan selamat kepada seseorang dalam sesuatu upacara atau majlis.
  • Sebagai alat pendidikan sama ada secara menyindir, kiasan, atau berterus- terang.
 Ciri-Ciri Pantun
  • Jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan.
  • Ada hubungan antara pembayang dan maksud.
  • Bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama a,b,a,b.
  • Maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup
  • Jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata.